Top Social

2.0 - Cik Roxa❤️

A Clefty's Passion Authority : Design

Segmen Jari Jemari Menari Bloglist 2020



-KLIK BANNER UNTUK JOIN-


Segmen Bloglist Ombak Bergigi

  

Assalamu'alaikum, Annyeong



Segmen Bloglist Ombak Bergigi | Salam Hujung Minggu buat semua. Ayuh para bloggerianz, join segmen terbaru daripada blogger Ombak Bergigi ! ^^ Tak rugi kita sama-sama memeriahkan penyertaan. 'The more the merrier' gitu~


Tarikh Tutup Penyertaan : 4 Oktober 2020 (Ahad)

Seramai 5 orang peserta yang bertuah dan layak menjadi bloglist Ombak Bergigi.


KLIK BANNER UNTUK JOIN


Semoga berjaya buat para peserta :)

Giveaway by Ejulz & Raydah

  



Giveaway by Ejulz & Raydah | Assalamualaikum, Annyeonghaseyo yeorobun ! Hehehe. Kali ni seketul CR (Cik Roxa) join giveaway yang dijalankan oleh rakan blogger, Ejulz yang berkolaborasi dengan blogger Raydah.


Untuk makluman, Pemilihan pemenang adalah dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang. *Lumayan ni... kalau dapat ni syukur Alhamdulillah...


Okay, ayuh kita memeriahkan giveaway ni! ^^ Yang penting ukhwah sesama kita boleh terjalin daripada penyertaan ni hendaknya ^^


Tarikh Tamat Penyertaan : 15 OKTOBER 2020


KLIK BANNER DI ATAS KALAU NAK JOIN K ^^


Hwaiting! ^^ Semoga berjaya buat semua peserta. :)

Segmen Bloglist TIARASAPHIRE.COM



~Assalamualaikum, Annyeonghaseyo~

KLIK BANNER UNTUK JOIN


Bukti patik dah memenuhi syarat penyertaan ada di SINI.


Jangan lupa!

👇👇👇

Segmen Tamat : 11.59 Malam | 30 September 2020

Bukti penyertaan

UPDATE : SEGMEN TAMAT




K-DRAMA | Lie After Lie (2020)

Salam dan annyeong ! Lies After Lies ini kira drama Korea yang menjadi K-drama 2020 pilihan terbaru aku untuk ditonton baru-baru ni selepas Flower of Evil dan beberapa lagi drama lain~ *kalau ada kesempatan nanti I'll review~^^  

LIES AFTER LIES



Add caption


Tajuk Drama : Lies After Lies | Lies of Lies | 거짓말의 거짓말 (Geojitmal-ye Geojitmal)
Pengarah: Kim Jeong-Kwon
Penulis: Kim Ji-Eun
Saluran: Channel A
Jumlah Episod : 16
Tarikh Mula Tayangan : 4 September 2020
Tarikh Jangka Tamat Tayangan : 24 Oktober 2020


Sinopsis Plot


Ji Eun-Soo merupakan seorang menantu sebuah keluarga konglomerat disabit dengan kesalahan membunuh suaminya lalu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Selepas dibebaskan, dia ingin mencari semula anak perempuan yang diserahkan kepada ibu mertuanya, Pengerusi Kim Ho-ran (lakonan Lee Il-Hwa) selepas beberapa bulan anak itu dilahirkan. Tetapi, pembalasan dendam dan komplot kotor Kim Ho-ran, anak Ji Eun-soo ditemukan berada di bawah jagaan Kang Ji-Min.

Keadaan ini mendorong Ji Eun-Soo mengambil keputusan untuk masuk ke dalam keluarga Kang Ji-min dan membuat wartawan itu jatuh suka kepadanya supaya matlamatnya untuk menjadi ibu kepada anak perempuannya sendiri tercapai.

Pelakon & Watak


Lee Yoo Ri sebagai Ji Eun Soo
Yeon Jung Hoon sebagai Kang Ji Min
Lee Il Hwa sebagai Kim Ho Ran
Im Ju Eun sebagai Eun Se Mi
Kwon Hwa Woon sebagai Kim Yeon-Joon
Go Na Hee sebagai Kang Woo-Joo


[Amaran : SPOILER bermula~~~]


Babak semasa Eun-soo ditangkap dan nak berhadapan dengan perbicaraan yang langsung tak berpihak kepada dia. Kesian! T_T


Kenapa aku tertarik tengok drama ni?


-1- Pelakon-pelakon hebat yang nailed the characters!



Antara sebab utama aku tertarik ngok drama ni kerana daya penarik gah dari kedua-dua pelakon wanita utama, Lee Yoo-ri dan Lee Il-hwa.

Karisma dan nama mereka bukan sekadar bergantung pada nama dan kecantikan sahaja, tetapi juga dek mutu lakonan yang cukup mantap! Dari watak lemah lembut, kali ni ahjumma lawa (gelaran aku bagi buat pelakon Lee Il-hwa hehe) bawa watak villain! OMO...

Fuhhh~

Aku memang tertunggu-tunggu ahjumma lawa punya gaya bawa watak jahat macam mana. Hope dapat menjayakannya dan buat aku lupa how sweet she was macam masa dia berlakon jadi 'mak-mak baik' dalam Reply Series dan kebanyakan drama beliau sebelum ni.


Kredit : Instagram Lee-Yuri

Kredit : Instagram Lee-Yuri




Lee Yoo-ri yang aku tengok dalam drama-drama TV lainnya memang pelakon serba boleh. Bagilah watak air mata, polos atau gila sekali pun, she nails it very well! Diorang bukan sekadar lawa tapi menjiwai watak sungguh-sungguh dalam drama-drama lakonan mereka.

Selain itu, pelakon lelaki Yeon Jeong-hun, yang membawakan watak Kang Ji-Min pun tak kurang hebatnya. Aku pernah 'benci' sangat kat dia masa tengok dia berlakon dalam drama 'Mask' (2015) yang dia bawa watak villain tu. Dia punya menyampah sampai laa ni teringat! 

Hahaha tapi bila tengok dalam 2 Days 1 Night dan drama Yellow Handkerchief tu macam tak percaya dia boleh berlakon sekejam tu... So sweet, pelakon yang merupakan suami Han Ga-in, heroin drama, The Moon Embracing the Sun ni memang nailed lakonan dia. Baik ke jahat ke sedih, happy,, dia memang impressive!

Pelakon-pelakon ramai dah berpengalaman dan pandai bermain ekspresi muka tu so okay lah.

Tak sangkanya bila... 

***Bila aku Google lagi tentang pelakon-pelakon ini, barulah aku tahu yang Lee Yoo-ri, YJH dan HGI pernah berlakon bersama dalam drama Yellow Handkerchief pada awal2 kemunculan mereka sebagai pelakon  pada tahun 2003) 

Lepas dah tonton drama ni, dan tengok watak YJH dalam ni sebagai bapa yang sangat care akan anak perempuan dia memang sangat woaahhh! Penyayang dan ambil berat betul! Tak tipu ehh ni. Cara dia jaga anak perempuan dia, siap buatkan bekal tu memang aku rasa tersentuh sangat!

So sweet you know.

Jika Lee-Yoo-ri dan Yeon Jeong-hun dah beberapa kali aku tengok bawa watak villain, kali ni pula baru pertama kali aku tengok pelakon Lee Il-Hwa pula berlakon watak kejam. Taklah sekejam watak drama thriller, tapi masih rasa ada vibes 'Nyonya Mansor' dalam Ibu Mertuaku  tu sikit2. Heee, kalau siapa layan drama panjang soap opera Korea t~

Tak dilupakan watak-watak yang lainnya pun berjaya membuatkan aku ikut macam ada perasaan geram, sweet dan sebak. Biasalah K-drama kan, tak sebak atau sweet melo tu memang tak sah. Dan part lakonan secretaries Pengerusi Kim, teman satu sel Ji Eun-soo dan ahli-ahli keluarga Kang Ji-min turut memainkan peranan dalam drama ni yang turut memberikan kesan mendalam buat aku jugak.

Namja-deul (Male) characters in Lie After Lie. Ada Yoo Seung-Moo Oppa! (Supernova) Kredit : Soompi



Paling terkesan lakonan bapa Ji Eun-soo tu masa kena langgar, sampaikan Ji Eun-soo punya sedih tak dapat jumpa bapak dia kat hospital sampailah... saat yang amat menyedihkan tu.

Air mata Lee Yoo-ri dan muzik latar dalam drama tu betul-betul buat aku macam huuu sedihnya, kesiannya dia masa babak tu. Kejam giler mak mertua dia tu. Mentang2 kaya, gunakan kuasa untuk tindas heroin pulak. Sedih dalam geram! Ok. Cukup, jangan emo lagi CR ~,~


Oh terlupa pulak, pelakon kanak-kanak yang bawakan watak anak Ji Eun-soo (Go Na Hee) tu pun comel lah. Baik yang baby dengan Woo-joo masa 10 tahun tu. 

Aku suka tengok pipi dia dan senyuman dia. Hmmm, cumanya aku tak kenal sangat lagi dia ni (maksud aku belum nampak dia kerap berlakon dalam banyak drama bagi pelakon kanak-kanak Go Na Hee.) 

Dalam drama ni harapnya dia tak jadi mangsa balas dendam Chairman Kim tu. Kalau tak, memang sadisssss amat! Kesian si comel pipi peach tu huhu! Dia tak bersalah tapi jadi mangsa kekejaman orang dewasa! Nasib baik ayah dia KJM tu baik!

Spoiler : tapi bila tengok dia dalam episod 6, Kim Ho-ran dah macam boleh syak something fishy bila bekas setiausaha dia tak ceritakan kewujudan anak perempuan Kang Ji-min tu kat



-2- Idea & Plot Cerita dengan Keunikan Tersendiri. 


Masa nampak kapsyen, "Demi anak perempuannya, dia rela menjadi ibu tiri kepada anak kandungnya sendiri!", 

Satu kapsyen yang buat aku jadi tertanya-tanya ehhh macam mana agaknya kelainan plot atau jalan cerita yang bakal ditayangkan. Dekat kapsyen tu je dia dah tinggalkan vibes yang buat aku nak tahu cerita lanjut.

Jadi mak tiri kepada anak kandung sendiri? Macam mana tu? Seriously? Itu salah satu yang buat aku curious dan makin curious. Dah anak sendiri kenapa heroin nak jadi mak tiri anak dia pulak??

Dan bila aku dah baca sinopsis tengok drama ni, memang nampak agak menarik susunan jalan cerita yang dipersembahkan. Yang buat aku tertanya-tanya bila baca sinopsis dan menonton 6 episod pertama ni, aku nak tahu apa yang mak mertua gila si Kim Ho-ran ni akan buat lagi dekat Ji Eun Soo untuk tengok bekas menantu dia ni menderita teruk. 

Plot balas dendam si mertua dan rancangan si menantu nak protect anak perempuan dia yang tak bersalah langsung tu... Heeee~





Banyak lagi persoalan aku yang belum terjawab tapi kita tunggu ajelah ya next episode. Apalah yang Ji Eun-soo akan buat. Aku harap dia betul-betul dapat keluar dari kemelut dendam ex mak mertua dia dan kecemburuan ex-wife Kang Ji-min. I really hope she can be happy with her daughter T_T

Lepas segala macam dan pelbagai jenis kesengsaraan yang dah dia lalui disebabkan kezaliman suami chaebol dia yang kaki pukul (nasib dah mati) dan mak mertua dia si Kim gila tu... Curious aku, siapa sebenarnya yang bunuh suami dia tu ek? Betul ke dia atau orang lain yang peralatkan dia? Aish!

Nak happy ending dia dan Kang Ji-min dapat bentuk keluarga bahagia dengan membesarkan Woo-joo sama2 ^^

Ok hahaha aku cukup hanyut dengan tema kekeluargaan dan dendam ni. Sorry2. Banyak persoalan yang tergantung kut yang buat aku macam ni.  Bagaimana pengakhirannya? Berjaya ke heroin ni ibu yang baik buat anaknya? Berjaya ke dia pura-pura cintakan lelaki itu? Dan dapatkah Ji Eun-soo buktikan diri dia tak bersalah dalam kes pembunuhan itu?

Sama-sama kita nantikan...

Ehhh? Berjaya ke tu? Tidaklah saya tahu. Cerita masih ditayangkan, baru episod 6 setakat ini. Buat penonton di Malaysia (macam daku ni), boleh layan kat Viu tau~

Apa2 kita roger nanti. Tazzabar nak tunggu episod2 seterusnya!

Update (27/09/2020) : Episod 7 & 8 dah keluar! Nak tonton, boleh ke SINI . Oleh sebab aku tengok cerita ni kat Viu (6 episod pertama), makanya aku tak boleh screenshot sesuka hati. Tengok kat platform lain baru boleh screenshot ya. Ahaks~ Ada kesempatan nanti kita recap ya episode by episod

Ok, sambung tengok nanti kita review lagi kalau sempat! (Harap2 sempat! Ngeee~)

Sekian, annyeong~~~

Penipuan telah bermula.


Sumber  Sinopsis & Poster Drama : Asian Wiki ; My Drama List ; Google Search

Post Signature

Post Signature